Terma dan Syarat



PERATURAN DAN GARIS PANDUAN MEDIUM SEBARAN MAKLUMAT ATAS TALIAN RASMI
SURAU AL-ITTIHADIYYAH, SEKSYEN 9, SHAH ALAM

Pengurusan Pusat
Pengerusi            : YM Tengku Mohamed Hashim bin Tengku Mohamed
Setiausaha          : Tuan Hj Azman bin Ahmad
Bendahari           : Tuan Hj Shahnaz bin Sulaiman
            Multimedia          : Tuan Hj Mohd Sofian bin Mohd Sharif


Pengurusan Web

Biro Remaja             : Encik Mohd Husnul Hadi bin Kamarudin
Penolong Setiausaha : Encik Redzuan



Tujuan dan Matlamat:

·         Menyebarkan berita mengenai aktiviti surau agar dapat disertai dan dimanfaat oleh semua penduduk Islam dan bukan Islam di Seksyen 9.
·         Merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk Seksyen 9.
·         Menarik minat penduduk Islam setempat untuk mengimarahkan surau.
·         Menyebarkan maklumat dan ilmu agama kepada penduduk Islam dan bukan Islam.
·         Merapatkan hubungan antara pengurusan surau dengan masyarakat setempat.
·         Memupuk budaya ilmu di kalangan masyarakat.
·         Mewujudkan budaya sihat di kalangan penduduk terutama remaja.  
·         Membimbing anak-anak muda dan pelajar mengenai arah tuju yang lebih jelas dan tidak sia-sia.

Kumpulan Sasaran:

·         Semua penduduk Islam yang tinggal di Seksyen 9, Shah Alam khususnya dan umumnya kepada semua orang termasuklah bukan Islam.


Garis Panduan dan Peraturan:

·         Semua penulisan atau maklumat yang disebarkan mestilah tidak mengandungi elemen yang boleh memecahbelahkan hubungan penduduk setempat dan masyarakat sekitar tidak kira kaum, agama dan pegangan politik.

·         Penulisan atau maklumat yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak atau individu atau boleh mengaibkan sesaorang atau yang berunsur fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian penduduk adalah dilarang sama sekali.

·         Penulisan atau maklumat yang hendak disebarkan ke dalam medium atas talian rasmi mestilah mematuhi dan menghormati etika hak cipta. Sebarang maklumat hendaklah disertai dengan rujukan dan sebarang perlanggaran adalah tanggungjawab penulis atau penyumbang maklumat sendiri.

·         Penulisan atau maklumat sumbangan penduduk Seksyen 9 atau penyumbang-penyumbang lain adalah secara ikhlas.

·         Penulisan atau maklumat yang hendak disebarkan ke dalam medium atas talian rasmi mestilah berkualiti, sesuai dan menepati tujuan dan matlamat medium tersebut dibuat.

·         Pihak Pengurusan Web berhak menolak atau meminta penulis atau penyumbang untuk mengubah isi kandungan yang disediakan oleh penulis sekiranya penulisan itu tidak memenuhi syarat atau tidak sesuai untuk disebarkan.

·         Sebarang maklumat yang dikumpulkan melalui saluran rasmi Surau Al-Ittihadiyyah ini adalah semata-mata untuk kegunaan pihak AJK Surau demi kebaikan ahli kariah.

·         Sebarang perubahan atau penambahbaikan dalam garis panduan dan peraturan akan dibuat oleh pihak Pengurusan Pusat dan Web Surau Al-Ittihadiyyah dari semasa ke semasa. Ianya akan diumumkan melalui saluran rasmi yang ada.