| Mari imarahkan aktiviti-aktiviti dan ketahui info-info terkini daripada Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam! Daftar segera! |
Thursday, March 24, 2011
Laman Web Baru Surau Al-Ittihadiyyah!
Sunday, March 13, 2011
Program Khas: Minggu Komuniti Muamalat
Program kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9 Shah Alam, Selangor.
Tarikh: 19-20 Mac 2011 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam (peta)
Tentatif seperti berikut:
Gempa Bumi Dan Tsunami Tanda Allah Sedang Berbicara
Assalamualaikum, dunia digemparkan sekali lagi dengan bencana alam yang besar. Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter dan Tsunami setinggi 10 meter melanda utara Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.
Melihat akan bencana ini mengingatkan kita pada bicara Allah SWT : Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.(Q.S. Al-Ankabut / 29 : 40)
Tuesday, March 8, 2011
Membangunkan Watak Para Bapa di Singapura

“Program petang ini bukan program yang mudah. Kita menongkah arus” saya memberi komen kepada sukarelawan yang menjadi petugas program.
Kami bakal menjalankan Bengkel Bapa Hero, iaitu bengkel yang membicarakan tentang Fiqh Kebapaan, Psikologi Kebapaan dan seterusnya Bapa 360 Darjah yang mudah-mudahan menjurus kepada semangat sebenar di sebalik pembentukan institusi keluarga berteraskan Islam.
“Berapa ramai watak bapa yang kita temui di dalam al-Quran berbanding watak ibu? Nuh sebagai bapa. Ibrahim, Syuaib, Luqman, Zakaria, ‘Imran malah junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Ertinya, banyak teladan ditujukan secara langsung kepada para bapa” saya memulakan wacana.
Subscribe to:
Posts (Atom)

