Wednesday, September 1, 2010

Should Muslim strive for the establishment of the Khilafah or the establishment of a true Muslim Ummah?


(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui; Ar-Ruum (30:30)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat (hablum minallah dan hablum minannas) secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”; Al-Kaafiruun
.
Question: How can Muslim save their faith in this godless world, and survive the next few decades if they cannot vote in elections of the Modern Secular State,  and cannot establish macro-Islam since they cannot take control of the State anywhere. Should Muslim strive for the establishment of the Khilafah or the establishment of a true MuslimUmmah?

Rumah - Beli Atau Sewa?

Beberapa artikel saya yang lalu menyentuh mengenai riba' yang mana merupakan isu yang teramat sensitif, lebih-lebih lagi didalam kehidupan serba moden (atau akhir zaman) yang mana riba' itu sudah menjadi asam garam kehidupan, tetapi pada pendapat saya ianya lebih kepada monosodium glutamate (MSG) berbanding asam garam yang mana telah menambahkan kelazatan hidup itu sendiri kerana tanpa riba' itu mana boleh manusia merasakan nikmat materialistik seperti rumah besar dan kereta baru, padahal disebalik riba' itu terselindung dosa yang lebih buruk dari berzina. Babi tetap kekal menjadi suatu yang jijik dan dielakkan kerana ada alternatif makanan lain, riba' yang kononnya tidak boleh dielakkan lama kelamaan menjadi suatu yang biasa didalam kehidupan manusia itu sendiri, maka tidak hairanlah jika terdapat hadis yang mengatakan dari setiap 1000 jumlah manusia, 999 akan dicampakkan ke neraka di akhirat nanti.