Friday, February 25, 2011

Program Innovology: Sains Jirim

Program Innovology khusus untuk remaja kembali lagi, kali ini Siri 3: Sains Jirim!
Jom sertai, sila klik poster untuk maklumat lanjut:


Saturday, February 19, 2011

Mengapa Aktivis Agama Berbeza Sehingga Hampir Berpecah ?


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

(Tulisan ini mungkin hanya sesuai dibaca oleh orang kebanyakan jika terdapat bimbingan ilmuan agama disebabkan beberapa contoh isu teknikal yang dibawakan)
pecah_rebut
Sebelum ini saya telah pernah menulis perihal kejinya sangka buruk yang sering berlingkar di dalam masyarakat. Hari ini saya ingin mengecilkan sedikit skopnya, bagi menyambung beberapa isi dalam artikel ‘Inginkah  Ulama Malaysia seperti Al-Qaradawi’ yang ada menyebut berkenaan pertelingkahan atau perbezaan pandangan di kalangan graduan agama di tanahair, malah di seantero dunia. Ada mereka yang bertanya lanjut, justeru ini sebahagian ulasannya.
Tidak dinafikan ada juga kedapatan jurutera yang bertelagah, namun mungkin jarang disebabkan ilmu mereka tetapi mereka bertelagah mengenai pangkat, jawatan, gaji, persaingan dan keputusan di tempat kerja. Ya mereka mungkin bertelagah disebabkan urusan dunia.

Wednesday, February 16, 2011

37 Outstanding Mawlid Proofs (Likeable=مستحب) for Dummies

oleh

AL MUHADDITH AL SUFI SYEIKH AHMAD IBN DARWISH
www.muhammad.com

Beliau merupakan anak angkat kepada al Muhaddith Sayyid Abdullah al Ghumari. Beliau telah digelar dengan al Sufi oleh Syeikhnya. Setengah dari kalangan ahli sufi mengatakan bahawa beliau adalah di antara abdal pada zaman ini. Beliau telah diijazahkan oleh Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari, mantan Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf, Muhaddith negara India Syeikh Habib al Rahman al A’zami dan lain-lain lagi. Beliau telah meriwayatkan Hadith Musalsal bi al Awwaliyyah dan mengijazahkan segala ijazah dan sanadnya kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Beliau juga telah mengijazahkan Tariqat al Syazuliyyah al Siddiqiyyah dan Salawat Dalail al Khairaat dan meminta Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mengadakan majlis bacaan salawat tersebut di madrasahnya.


Sunday, February 13, 2011

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga


flowerred2.jpg

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

Saturday, February 12, 2011

Revolusi Mesir : Mubarak Ditinggalkan Keseorangan

Sujud syukur!


KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak, akhirnya merasai sendiri kekecewaan apabila ditinggalkan individu yang dipercayai selama ini, sama seperti perasaan rakyat Mesir yang tidak pernah dihiraukan.

Washington yang dulunya penyokong utama Mubarak dan sanggup menghabiskan berbilion dolar memberi bantuan, sedangkan hutang AS sendiri mencecah hampir AS$14 trilion (RM43 trilion), kini mula menekan pemimpin kuku besi itu supaya mendengar tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan politik. 

Wednesday, February 9, 2011

Revolusi Islam di Timur Tengah - Tahun 2011 Zaman Kebangkitan Umat Islam




Pada awal tahun 2011 ini, kita telah dikejutkan dengan satu revolusi  atau kebangkitan umat Islam dalam menentang kezaliman yang melampau oleh  sang pemerintah.

Peristiwa ini mula tercetus apabila rakyat dari Tunisia mula bangkit  menentang rejim zalim yang telah menekan dan menindas mereka semenjak  berakhirnya penguasaan Khalifah Uthmaniah di negara ini pada tahun 1881.

Kronologi Kebangkitan Rakyat Tunisia

Kebangkitan rakyat Tunisia (revolusi Jasmin atau Melor) dimulakan oleh  Muhammad Bouazizi yang merupakan seorang graduan lepasan sebuah  universiti tempatan. Beliau pada ketika itu hanya berusia 26 Tahun. Namun  disebabkan kegagalan pemerintah menyediakan peluang pekerjaan yang  mencukupi, pekerjaan amat sukar diperolehi walaupun bagi seorang graduan. Kadar pengangguran tinggi sehinggakan  mencecah 40 peratus.