Tuesday, January 25, 2011

Apakah Hukum Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina?



Kuliah agama oleh Ustaz Azhar Idrus

Kandungan:

- Haram hukumnya meraikan perayaan agama lain.
- Harus hukumnya meraikan perayaan budaya bangsa lain seperti Tahun Baru Cina.
- Perlu berhati-hati dalam mengucapkan ucapan yang kita tidak tahu maksudnya.

Wallahualam

Monday, January 24, 2011

Terima kasih semua! =D

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, selesai sudah Siri 2 Sains Innovology: Geologi semalam.



Album gambar program akan dipaparkan segera.
Utk album gambar bagi siri sebelumnya; Siri 1 Sains Innovology: Angkasa, sila klik http://goo.gl/1GPkZ

InsyaAllah usaha dakwah yg kecil ini akan diteruskan utk siri seterusnya pada bulan Februari nnt:

Siri 3 Sains Innovology: Jirim

Jgn ketinggalan sertai kami nanti!
Pastikan anda terus bersama kami, segala perkembangan kami maklumkan anda melalui:

http://www.facebook.com/alittihadiyyah09
http://alittihadiyyah9.blogspot.com/

Terima kasih semua! =D

-Biro Remaja

Thursday, January 20, 2011

Program Remaja: Wajah Ceria Anak-anak!

Siri 1 Sains Innovology: Sains Angkasa

Rabu, 15 Disember 2010
8.00 pagi - 5.30 petang
Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam



Alhamdulillah!

Jom sertai kami dalam Siri 2 Sains Innovology: Sains Geologi pada Ahad, 23 Januari 2011 nanti! =)


Sunday, January 2, 2011

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi



Soalan 
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.