Wednesday, February 9, 2011

Revolusi Islam di Timur Tengah - Tahun 2011 Zaman Kebangkitan Umat Islam




Pada awal tahun 2011 ini, kita telah dikejutkan dengan satu revolusi  atau kebangkitan umat Islam dalam menentang kezaliman yang melampau oleh  sang pemerintah.

Peristiwa ini mula tercetus apabila rakyat dari Tunisia mula bangkit  menentang rejim zalim yang telah menekan dan menindas mereka semenjak  berakhirnya penguasaan Khalifah Uthmaniah di negara ini pada tahun 1881.

Kronologi Kebangkitan Rakyat Tunisia

Kebangkitan rakyat Tunisia (revolusi Jasmin atau Melor) dimulakan oleh  Muhammad Bouazizi yang merupakan seorang graduan lepasan sebuah  universiti tempatan. Beliau pada ketika itu hanya berusia 26 Tahun. Namun  disebabkan kegagalan pemerintah menyediakan peluang pekerjaan yang  mencukupi, pekerjaan amat sukar diperolehi walaupun bagi seorang graduan. Kadar pengangguran tinggi sehinggakan  mencecah 40 peratus.


Demi mencari sumber pendapatan yang halal, beliau terpaksa menyara diri  dengan menjual sayur-sayuran di pinggir jalan. Akan tetapi, selepas tujuh  tahun menjadi penjual sayur-sayuran, kedai beliau telah disita oleh  kerajaan dengan alasan beliau berniaga tanpa izin.

Pada Hakikatnya, Bouazizi sudah cuba untuk membayar 10 Dinar Tunisia  serta ditambah lagi dengan 7 dolar, namun, pegawai kerajaan tidak  mengendahkannya malahan beliau telah ditampar, diludah serta keluarganya  dihina dengan begitu dasyat. Justeru,  beliau bertekad membawa kes ini  kepada penguatkuasa untuk diadili, tetapi sebaliknya kekecewaan yang ditemui.  Sekali lagi beliau tidak diendahkan oleh penguatkuasa, malah beliau  langsung tidak dapat bersua dengan mereka bagi menyuarakan hal tersebut.

Pengorbanan ke Arah Kebangkitan Gerakan Kesedaran

Beliau yang begitu kecewa dengan tindakan rejim ini lantas mengambil  langkah untuk membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan  di kota kelahirannya Sidi Bousaid pada 17 Disember 2010 sejurus selesai  solat Jumaat. Tindakan yang diambil oleh Bouazizi bukan sahaja membakar  dirinya, malah dia juga telah membakar semangat rakyat Tunisia untuk  menjatuhkan kerajaan zalim Ben Ali.

Hasil dari peristiwa tersebut, berlakulah demonstrasi besar-besaran yang  dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat yakni penganggur, golongan  intelektual, golongan profesional dan sebagainya. Demonstrasi tersebut  dikatakan bermula di kota Sidi Bousaid lalu merebak ke seluruh kota-kota  besar Tunisia seperti ibu kota Tunis, Sfak, Cartagho, Qairawan dan  lain-lain.

Demonstrasi besar-besaran ini akhirnya sukar bagi kerajaan rejim Ben Ali  untuk membendungnya sehinggakan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta  serta pusat-pusat membeli belah telah ditawan oleh golongan demostrasi.  Akibatnya negara menjadi lumpuh.

Disebabkan kegagalan rejim Ben Ali mengawal gelombang kebangkitan, pihak  tentera dan polis mula bertindak balas. Hasil daripada campurtangan  pihak tentera dan polis, berpuluh-puluh nyawa melayang serta ribuan yang telah  cedera demi memastikan kejatuhan rejim zalim ini.

Tumbangnya Kerajaan Ben Ali

Tekanan demi tekanan yang diterima oleh rejim tersebut akhirnya  membuatkan presidennya, Ben Ali mengambil tindakan cuba melarikan diri bersama keluarganya ke Perancis. Namun begitu, permintaannya untuk  melarikan diri di perancis telah ditolak bulat-bulat sehingga beliau  terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi.

Kebangkitan rakyat ini akhirnya membuahkan hasil apabila rejim diktator  Ben Ali berjaya digulingkan pada 14 Januari 2011, 10 hari selepas  Bouazizi meninggal dunia. Pada masa itu, negara Tunisia berada dalam  keadaan darurat. Namun bagi mengisi kekosongan presiden, Perdana Menteri Mohammad Gannouchi telah mengambil alih kuasa tersebut walaupun  ia bertentangan dengan perlembagaan negara Tunisia. Jawatan Perdana  Menteri pula telah diambil alih oleh Speaker Parlimen Tunisia, Fuad  Almabzeig.

Tidak lama selepas itu, kerajaan baru tersebut telah menjemput parti  pembangkang untuk membentuk kerajaan sementara bagi meredakan kembali  kemarahan rakyat selain berjanji akan mengadakan pilihanraya umum yang  adil dan bebas dalam tempoh enam bulan.

Ben Ali, penguasa diktator Tunisia yang telah berkuasa selama 23 tahun  dengan berpandukan pemerintahan sekular telah dijatuhkan oleh gelombang  bekas graduan negaranya sendiri. Ini merupakan satu gelombang kesedaran  bagi setiap masyarakat Islam bukan sahaja di bumi Tunisia, akan tetapi  di segenap pelusuk dunia untuk bangkit menyatakan kalimah yang benar  terhadap pemerintahan yang zalim sepertimana hadis Rasulullah S.A.W

"Jihad yang utama, ialah menyatakan kalimah kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim"


Sumber: ILuvIslam.com

No comments:

Post a Comment